Jumaat, 1 Januari 2016

Tahun Baru 2016

Penghulu segala hari Jumaat bersamaan 1 Januari 2016. Kehadrat Allah aku bermohon agar semua perkara baik-baik sahaja untuk tahun ini bagi semua manusia. Walaupun kita semua sedia maklum pelbagai cabaran menunggu kita.
Ammar akan menyambung pembelajarannya di Taski Abim. Tahun yang mencabar untuk Ammar untuk menguasai semua kemahiran asas sebelum melangkah ke Tahun 1 pada tahun berikutnya.

Ahmad akan berjuang di SKSI pada tahun ini. UPSR berformat baru yg diperkenalkan akan diduduki Ahmad pada awal September 2016. UKM3 yg diambil Ahmad pada PPCS Mei Jun 2015 tidak melayakkan Ahmad untuk belajar di Kolej Permata.
Qistina berangkat ke MRSM menyambung pelajaran di Tingkatan 2. Tahun ini Kakak akan menduduki checkpoint IGCSE.

Doa semoga anak-anakku dapat melalui cabaran pada tahun ini dengan jayanya. Jadilah anak-anak yang berilmu dan beramal dengan ilmu agar sejahtera dunia akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan