Jumaat, 4 Mac 2016

Sahabat

Sahabat yg selalu berkongsi suka dan duka sejak zaman persekolahan. Walaupun bukan sentiasa sependapat dan sentiasa bejumpa....namun keikhlasan dan ketulusan dalam persahabatan itu besar ertinya dalam hidup.



Selamat Hari Jadi ke 14 Qis

Ibu mendoakan agar Qistina diberi kekuatan dan keimanan dalam menempuh dugaan hidup. Ibu juga  mendoakan agar kita sekeluarga dilimpahi kasih sayang dan sentiasa diberkati Allah. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kakak.

Selasa, 19 Januari 2016

Result KAFA


Syukur Alhamdulillah...keputusan UPKK Ahmad . Walaupun hari ini Ahmad dilanda musibah demam dan tidak dpt hadir ke sekolah berita gembira menantinya . Syukur kami kepadamu ya Allah.

Isnin, 11 Januari 2016

Selamat ulang tahun ke12

Semoga hidup Ahmad dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi. Ibu mendoakan Ahmad menjadi anak yg soleh dapat mendoakan ibu dan abah bila kami tiada. Ibu memohon agar Allah memakbulkan segala cita-cita Ahmad .Aamiin.

Sabtu, 9 Januari 2016

Berkelah la sangat...



Melawat kakak di asrama hari ini. Memandangkan kakak bersekolah ganti waktu melawat dilewatkan hari ini. Kakak pun tak berminat nak outing jadi bekelah di tepi asrama aja la hari ni.

Selasa, 5 Januari 2016

Kekalutan yang tak berpenghujung...

Tah apa yg kalut sangat hingga nak ambil gambar Ahmad dan Ammar beruniform sekolah tak bekesempatan. Moga Allah pemudahkan esok hari.

Si comel Sakinah ni sepupu 3 Mirza ni..muda setahun daripada Ammar. Sebelum sesi persekolahan bermula...dia dah tak sabar2 nak ke sekolah. Hmmmm baru dua hari sekolah uminya dah pening. Perangai lama tak nak ke sekolah datang balik.


Adlina dan Adib singgah rumah hari ni...mandi sebelum ke sekolah semula untuk KAFA. Kasihan budak2 sekarang. Tak merasainya nikmat zaman kanak2 . Sistem pendidikan Malaysia banyak kelompangannya. Selagi tidak dipisahkan pendidikan dan politik selagi itu masalah kian melebar. Siapalah kita untuk memberikan pendapat. Hmmmm....

Isnin, 4 Januari 2016

Hari pertama persekolahan

Tertidur dalam kereta masa perjalanan balik dari sekolah. Penat sangat Ammar pada hari pertama persekolahan. Ibu pun sama kelam kabut tak sempat nak ambil gambar Ahmad dan Ammar beruniform sekolah kali pertama tahun ni....