Jumaat, 4 Mac 2016

Sahabat

Sahabat yg selalu berkongsi suka dan duka sejak zaman persekolahan. Walaupun bukan sentiasa sependapat dan sentiasa bejumpa....namun keikhlasan dan ketulusan dalam persahabatan itu besar ertinya dalam hidup.



Selamat Hari Jadi ke 14 Qis

Ibu mendoakan agar Qistina diberi kekuatan dan keimanan dalam menempuh dugaan hidup. Ibu juga  mendoakan agar kita sekeluarga dilimpahi kasih sayang dan sentiasa diberkati Allah. Semoga kejayaan cemerlang menjadi milik kakak.

Selasa, 19 Januari 2016

Result KAFA


Syukur Alhamdulillah...keputusan UPKK Ahmad . Walaupun hari ini Ahmad dilanda musibah demam dan tidak dpt hadir ke sekolah berita gembira menantinya . Syukur kami kepadamu ya Allah.

Isnin, 11 Januari 2016

Selamat ulang tahun ke12

Semoga hidup Ahmad dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi. Ibu mendoakan Ahmad menjadi anak yg soleh dapat mendoakan ibu dan abah bila kami tiada. Ibu memohon agar Allah memakbulkan segala cita-cita Ahmad .Aamiin.

Sabtu, 9 Januari 2016

Berkelah la sangat...



Melawat kakak di asrama hari ini. Memandangkan kakak bersekolah ganti waktu melawat dilewatkan hari ini. Kakak pun tak berminat nak outing jadi bekelah di tepi asrama aja la hari ni.

Selasa, 5 Januari 2016

Kekalutan yang tak berpenghujung...

Tah apa yg kalut sangat hingga nak ambil gambar Ahmad dan Ammar beruniform sekolah tak bekesempatan. Moga Allah pemudahkan esok hari.

Si comel Sakinah ni sepupu 3 Mirza ni..muda setahun daripada Ammar. Sebelum sesi persekolahan bermula...dia dah tak sabar2 nak ke sekolah. Hmmmm baru dua hari sekolah uminya dah pening. Perangai lama tak nak ke sekolah datang balik.


Adlina dan Adib singgah rumah hari ni...mandi sebelum ke sekolah semula untuk KAFA. Kasihan budak2 sekarang. Tak merasainya nikmat zaman kanak2 . Sistem pendidikan Malaysia banyak kelompangannya. Selagi tidak dipisahkan pendidikan dan politik selagi itu masalah kian melebar. Siapalah kita untuk memberikan pendapat. Hmmmm....

Isnin, 4 Januari 2016

Hari pertama persekolahan

Tertidur dalam kereta masa perjalanan balik dari sekolah. Penat sangat Ammar pada hari pertama persekolahan. Ibu pun sama kelam kabut tak sempat nak ambil gambar Ahmad dan Ammar beruniform sekolah kali pertama tahun ni....

Sabtu, 2 Januari 2016

Mood Sekolah Sudah Datang....

Tema Ultraman tahun ini menjadi pilihan Ammar. Belajar bersungguh-sungguh ya Ammar .

Pengorbanan

           Bilik kesayangan Kakak kembali     sunyi...kesedihan ibu terpendam hanya
                         dalam hati.
Sesi persekolahan kakak telah bermula maka bermula kembali lembaran hidup kakak sebagai seorang pelajar. Doa ibu dan abah seiringan dengan langkah perjuangan kakak. Semoga kakak sentiasa tabah melalui latihan hidup ini.
Hanya ibu bapa yg biasa berjauhan dengan anak memahami bahasa hati kami ketika ini. Allah peliharalah puteri kami sepanjang perjuangannya menuntut ilmu.

Jumaat, 1 Januari 2016

Tahun Baru 2016

Penghulu segala hari Jumaat bersamaan 1 Januari 2016. Kehadrat Allah aku bermohon agar semua perkara baik-baik sahaja untuk tahun ini bagi semua manusia. Walaupun kita semua sedia maklum pelbagai cabaran menunggu kita.
Ammar akan menyambung pembelajarannya di Taski Abim. Tahun yang mencabar untuk Ammar untuk menguasai semua kemahiran asas sebelum melangkah ke Tahun 1 pada tahun berikutnya.

Ahmad akan berjuang di SKSI pada tahun ini. UPSR berformat baru yg diperkenalkan akan diduduki Ahmad pada awal September 2016. UKM3 yg diambil Ahmad pada PPCS Mei Jun 2015 tidak melayakkan Ahmad untuk belajar di Kolej Permata.
Qistina berangkat ke MRSM menyambung pelajaran di Tingkatan 2. Tahun ini Kakak akan menduduki checkpoint IGCSE.

Doa semoga anak-anakku dapat melalui cabaran pada tahun ini dengan jayanya. Jadilah anak-anak yang berilmu dan beramal dengan ilmu agar sejahtera dunia akhirat.